bila dgar pasal kegagalan suma takotkan.ada yang salahkan dri seniri.Tidak
kurang ada yang menyalahkan Allah ta'ala sewaktu menghadapi sebuah kegagalan.
Akhirnya, dia terus jatuh dari sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan
fizikal. Sukar dirawati.
Saya sendiri pernah gagal dalam banyak perkara, namun Alhamdulillah, ia tanda kita perlu membuat perubahaan yang agak besar bagi memperbetulkannya. Tanpa usaha tersebut, kegagalan akan terus bernanah dan membunuh. Biasanya sebuah perubahan itu amat perit dan berat, lagi kurang selesa. Walau sukar dan berat, ia sebuah kemestian. Hasilnya apabila tepat cara pengendalikan kegagalan dan perubahan yang diperlukan, ia akan membuahkan hasil yang lebih baik.Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi asbab seseorang
mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Kembali kepada jalan lurus setelah
bengkok. Lalu dia kembali bangkit dengan azam, plan dan laluan yang baru, lalu
dia berjaya.
Tatkala itu baru kita sedari, rupanya kegagalan itu adalah sebuah titik kepada penyambungan titik yang lain dalam kehidupan kita. Ia seperti sebuah simpang yang menjauhkan kita dari kesesatan atau melorongkan kita kepada satu laluan yang lebih baik untuk masa hadapan.
Saya teringat betapa kecewanya saya apabila tidak berjaya memasuki ke MRSm ketika tingkatan satu...saya hanya mindapat tawaran ke esyut..etu pun masih dtukarkan oleh kakak.dia minx saya dtukarka ke ntiSS..urm redha jela..pas2 akhirnya Alhamdulillah berkat doa dr org sekelling saya berjaya menjejakkan kaki ke boarding skewl pada awal tahun tingkatan 4 dimana ia lebih baik dari MrSm..
Banyak perkara dan jenis kegagalan dan saya kini sedar, hikmah dan kebaikan
darinya, namun ia agak personel untuk dikongsikan. Apapun, semua jenis kegagalan
yang menimpa, memerlukan satu proses perit yang lain. Bukankah Allah ta'ala
telah mengingatkan "Sessunguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan"
Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini bahawa kegagalan itu adalah
sebuah proses yang amat perlu ditangani secara positif. Ia ibarat sebuah konflik
yang mendesak minda dan aqal kita untuk lebih agresif dan kreatif untuk mencari
jalan keluar. Tanpa disedari rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan
berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.
No comments:
Post a Comment