semasa berfesbuk dengan su roro sebentar td,
tiba-tiba sue cakap pasal mujahadah.then manusia ni bertanya la,
apa tuh mujahadah, tanpa ragu-ragu
sue suruh google, ceh ngat nak tolong
ini la apa yg aku dapat......
Apakah maksud mujahadah?
Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.
"Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi".
Orang yang sanggup melawan nafsu adalah orang yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Ia adalah kekuatan yang ada pada umat Islam.
Adakah kita benar-benar percaya pada har
i akhirat?Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia.
i akhirat?Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia.
Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu ammarah. Hati yang dikuasai nafsu ammarah dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa.
Apabila hati digilap dengan mujahadah, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitulawwamah. Hati yang dipenuhi lawwamah menyebabkan tuannya terumbang ambing antara kebaikan dan kekejian.
Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu mutmainnah ataupun hati yang damai. Mereka yang memiliki hati mutmainnah yakin dengan janji-janji Allah.
Justeru mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana merindukan kesenangan di akhirat.
Golongan yang bermujahadah adalah golongan yang gagah kerana mereka tidak dapat dibeli oleh dunia.
Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah? Renung-renungkan.
okay yang atas tuh memang ana copy dr http://treeofmind.blogspot.com
apa nak cakap sekarang, manusai ni sedang berubah ke arah kebaikan tolong sokong..
mahu berubah walaupun sikit-sikit

No comments:
Post a Comment